Sunday, 14 April 2013

Bagaimana Strok Menjejaskan Otak dan Badan?

Bagaimana Strok Menjejaskan Otak dan Badan?

Walaupun beratnya hanya kira-kira 2% dari berat badan anda, otak ialah pengguna oksigen terbesar. Sehingga 20% oksigen badan dan 20% tenaga digunakan untuk menggerakkan ribuan reaksi kimia otak dalam sesaat.

Apabila seseorang mengalami hipoksia (tahap oksigen yang rendah) kira-kira 4-6 minit, sejumlah besar sel-sel otak akan mati. Sekiranya keadaan hipoksia berpanjangan, ianya boleh menyebabkan kematian.

Setiap bahagian otak berperanan pada setiap fungsi badan. Bergantung pada bahagian strok, seseorang akan mengalami kehilangan salah satu kemahiran atau perubahan dalam personaliti. Jika strok di :
1. bahagian depan otak; pusat untuk bertaakul dan mengawal emosi. Kerosakkan kepada bahagian ini akan mengubah personaliti.
2. sebelah kiri otak; mengawal sebelah kanan badan. Ia juga mengendalikan ucapan, bahasa, bacaan dan penulisan.
3. sebelah kanan otak; mengawal penggunaan dan kesedaran sebelah kiri badan.
4. belakang otak; mengawal penglihatan.
5. batang otak; mengawal fungsi asas badan seperti proses telan dan pernafasan.



No comments:

Post a Comment

Any comments?